Pages

Thursday, February 17, 2011

BILA AKU JATUH HATI...

☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆(¯`*•.¸,¤°´`°¤,¸.•*´¯)☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆
✿.a.:* *.:a.✿˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙✿.a.:* *.:a.✿
•*¨*•.¸¸❤❤❤❤❤❤❤❤»-(¯'v'¯)-»❤❤❤❤❤❤❤❤¸¸.•*¨*•
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU...

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari hatiMU...

Ya Rabbul izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalanMU

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai
aku merindukan syurgaMU...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMU,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMU...

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMU,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMU...

Ya Allah , jika kau halalkan aku merindui kekasihMU,
jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU...

Ya Allah , Engkau mengetahui
bahawa hati ini telah terhimpun dalam cinta padaMU,
telah berjumpa dalam taat padaMU,
telah bersatu dalam dakwah padaMU,
dan telah terpadu dalam membela syariatMU,
penuhilah hati hati ini dengan Nur'MU yang tiada pudar...

lapangkanlah dada dada kami
dengan limpahan keimanan
Amiinnn.... Amiinnn....
Ya Robbal Alaminnn....
Ya Allah, Engkaulah yang menjadi asbab akan 4 perkara dalam hidupku, yakni, hidup mati,jodoh rezeki..hindarkan aku daripada mengeluh dengan pemberianMu..dan kerana hakikatnya Engkau telah mengatur segalanya, maka..pasakkan sabar,ikhlas dalam hatiku agar aku sentiasa redha dengan pemberianMu..Ya Allah..Jika jodoh pemberianMu itu telah sah di ijabkabul denganku..didiklah hatiku agar sentiasa tenang dan sabar dan pasakkan fikiranku agar aku sentiasa mengingatiMu dalam apa jua keadaan..Jadikan aku isteri yang IKHLAS menurut perintahMu dan Jodohku walau siapa pun dia. Ya Allah, teruskanlah memayungiku dan memelukku dalam kasih dan rinduMu..kerana yang pasti..aku sentiasa merindui tahajud denganMu kerana ketika bersujud, aku merasai nikmat CINTA bersamaMu bersama puisi cinta kita Ya Allah...

✿(❤◕‿◕❤)✿ •*¨*•.¸¸❤❤❤»-(¯'v'¯)-»❤❤❤¸¸.•*¨*• ✿(❤◠‿◠❤)✿

No comments:

Post a Comment