Pages

Monday, August 30, 2010

Tangisan dalam hujan

Hari ini aku rasa sedih sangat2, aku dikatakan "tak faham bahasa" oleh orang yang aku sangat sayang...

Kelas hari ni batal, tapi ada exercise yang perlu disiapkan dan dihantar pada hari ini juga. Aku menyiapkan exercise tu dengan secepat mungkin agar aku dapat pulang lebih awal ke asrama. Hampir 2 jam, akhirnya siap juga exercise aku tu, aku terus hantar ke link yang diberi. Selesai je aku terus turun bawah untuk menaiki bas ke asrama. Sayangnya bas belum sampai, hari plak aku rasa gelap je macam nak hujan. Aku tengok ramai pelajar2 yang menunggu di luar lobi, mungkin ada diantara mereka yang berniat sama dengan aku, menunggu bas untuk pulang ke asrama, dan mungkin ada yang saje lepak2 kat lobi tu. Aku terasa macam nak keluarkan duit je kat atm, duit tunai pun dah tinggal sikit. Tanpa membuang masa, aku masuk ke dalam lobi untuk beratur di barisan menunggu di depan atm untuk keluarkan duit. Lama juga lah aku menunggu giliran ku, lebih kurang 10minit. Sambil2 menunggu tu aku memantau-mantau la juga kat luar lobi takut2 bas yang ku tunggu dah sampai kan. Selepas je giliran aku keluarkan duit, aku terus bergegas keluar lobi. Tengok2 orang dah berkurangan, bas tak kelihatan, sah aku kene tinggal bas, hari plak hujan. Aduh, letih dan sedih giler kene tunggu lagi sejam lamanya next bas. Aku belari ke bustop tempat as selalu berhenti, duduk situ dan tunggu je kat situ dalam keadaan hujan yang semakin lebat.

Aku rasa bosan, tak tau nak buat ape. Call adik jab la.
" Bila nak turun sini?" Tanye aku pada adik.
"malam la kak erk?" Jawab adik. Dari suara dia aku dah dapat agak yang dia masih mamai2 baru bangun tidur. " Lar, lambatnye. Akak kan tak suka adik gerak malam2, bahaya kan." Adik mendiamkan diri je di hujung talian. "Adik..." Aku menunggu jawapannye dengan sabar. "Ye akak" Sepatah je dia jawab. "Gerak awal ye??, sekarang ke tak pun pukul 4 or 5 nanti ke, jangan lah gerak malam erk??" Aku cuba memujuk. Tiba2 dia meninggikan suaranye, "akak ni tak faham bahasa ke, kan orang cakap malam, malam la!" Aku terkelu,aku ke yang salah cakap. Panggilan terputus, kredit aku habis kot. Aku terdiam sebentar memikirkan kata2 adik sebentar tadi. Setelah aku rasa agak tenang sedikit, aku menghantar pesanan ringkas (sms) pada adik, "Kalau nak gerak malam x payah datang. Dok je kat sane. Program esok pun cancel. Kite tak payahlah jumpe untuk seketika ni, akak nak menyendiri. Sory kalau akak ni TAK FAHAM BAHASA dan terkasar bahasa. Salam." Selari dengan ter'send nye sms itu, hati aku cukup kecewa, maybe aku seorang yang cepat terasa,tapi perlukah sampai menyatakan yang aku ni tak faham bahasa. Aku cakap lembut je dengan dia tapi perlukah dibalas dengan kasar??!!

Hujan semakin lebat dan hujan dihati aku pun melebat juga tapi ku tahan agar tiada yang perasan akan tangisan dihati ini. Aku membiarkan tempias2 hujan membasahi baju ku, aku tak hirau kan kesejukan yang melanda ku, yang aku tahu aku sangat2 terasa hati dan kecewa. Aku terus berdiri di bustop sehingga bas yang ku tunggu sampai.

~Hanya coretan / nukilan saje-saje~

Sunday, August 29, 2010

Hampiri syawal...

Assalamualakium...w.t

Tetiba pagi2 dok dengar lagu raya...huhuhu, x sabar rasa nak raya tp puase tak cukup sebulan la... =D hehehe.. Kepada wanita yang baligh tu, tahniah la kalau dapat puasa penuh ye...

Lagu yang menyentuh hati aku yang seorang perantau...

Balik Kampung - Sudirman

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )

Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti


Mak...tunggulah kepulangan anakmu ini... :'-(

Saturday, August 28, 2010

Scene menarik dalam 'SYURGA CINTA'

video

Carilah jodoh yang diredhai ALLAH...

10 tanda dia adalah Jodoh Kita...

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..


Bosan + Rindu dier..

Assalamualaikum...

Lame betul tak menyinggah blog aku ni...huhu, takde mase (sebenarnye malas lebih), ni edit pun sebab ade orang dok bising kate aku ni dah lame tak update blog. Oklah, untuk dier or sape2 yang rajin menyinggah ke blog aku ni thanks sgt... Sekurang-kurangnye aku tau ade orang yang rajin view blog ni walaupun takde ape sangat... hurm...

Takde ape pun nak cite cume nak btau aku dah edit la blog ni, berwajah baru sikit. Akan datang aku edit lagi kalau ade mase, ni pun sebab bosan takde nak buat ape, nak tidor mate tak nak lelap plak...

Buat dier yang selalu aku rindukan, moga ingat selalu kat aku disini...sayang dier....

Kla, chaw dulu.. Jumpe lagi, salam...