Pages

Monday, January 24, 2011

Sedikit pandangan mengenai penggunaan perkataan SALAM


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraka'tuh...

Tentu sahabat-sahabat penah terbaca akan artikal mengenai 'Maksud disebalik menggunakan perkataan SALAM'. Disini ana ingin mengupas/memberi sedikit pendapat dan pandangan mengenai artikal tersebut, memandangkan ana lihat, ramai yg mula terkeliru mengenai isi kandungan yang tedapat didalamnya. Sebelum tu, ana sertakan sekali isi-isi dalam artikal tersebut untuk bacaan dan pengetahuan pada yang masih belum menbacanya lagi...

Maksud disebalik MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

Cara yang betul bagi salam ialah 'ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Ringkasnya, baginda SAW memberi salam dengan ucapan - "Assalamualaikum"
dan menjawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"

Perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

"WAALAIKUMUSSALAM" dan bukannya "WAALAI KUM SALAM"

Apabila kita ingin berkirim salam pula pada orang lain;
Contohnya - nak kirim salam pd Ashree.

hendaklah kita berkata - 'Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye'
Dan bukannya : "Kirim salam kat ASHREE yer"
Dan jangan pula sengaja tambah perkataan seperti " Ko tolong kirim salam maut kat dia yer".
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Perkataan `AKUM` adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud `BINATANG` dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan `Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud `HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT`.

Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".

Perkataan "Bye" pula bermakna jarum sulit Kristian yang bermaksud "Di Bawah Naungan Pope.

Perkataan "Semekom" pula bermaksud "Celaka Kamu.

Gunakan perkataan" As Salam" sebagai singkatan bagi"Assalammualaikum."

Sekian, semoga jadi peringatan.

sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=14116.msg192950%3Btopicseen#new

Sebenarnya jika diteliti balik artikal ini tiada pula dinyatakan tidak boleh digunakan perkataan SALAM tersebut cuma mungkin ada yg agak keliru dsitu tapi pada pandangan ana lebih baik berikan salam secara penuh "assalamualaikum" kerana ganjaran pahalanya lebih byk.. Perbezaannya dsitu hanyalah ganjaran pahalanya. Dalam 1 hadith nabi...seseorang datang kepada Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam dengan mengucapkan: “assalaamu ‘alaikum”, maka Rasul menjawabnya, dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Sepuluh”. Kemudian datang lagi orang lain dan mengucapkan: “Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah”, maka Rasulullah menjawabnya dan orang itu duduk. Maka baginda bersabda: “Dua Puluh”. Kemudian datang lagi orang ketiga seraya mengucapkan: “Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh”, maka beliau menjawab, lalu orang tadi duduk. Maka baginda bersabda: “Tiga Puluh” [Sunan Abu Daud – no: 4521. Dinilai Hasan oleh at-Tirmidzi dalam al-Jami’ al-Kabir – no: 2613] Jadi, tiada salahnya pun menggunakan perkataan SALAM cuma ganjaran pahalanya kurang,itu saja.

Manakala mengenai dalil 'Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)' sememangnya akan terjadi kekeliruan jika tidak memahami maksudnya dgn teliti, apa yg ana faham dsitu perkataan "salam" (selamat tinggal) yang merujuk ayat tersebut secara tersiratnya membawa maksud bahawa ALLAH terangkan kepada Muhammad supaya beradab kepada orang yang enggan beriman kepada ALLAH..maka ucapan salam (sebagai tanda selamat tinggal) diberikan..

Sememangnya "salam" itu bermaksud "sejahtera" tapi x rugi pun kita memberikan ucapan yang panjang kerana kita mendoakan kesejahteraan org daripada kita menggunakan perkataan SALAM sahaja yg hanya bermaksud sejahtera dan pahala pun kurang,jadi gunakanlah ucapan yg panjang sedikit, pahala pun lebih.

Manakala mengenai maksud 'Askum','Semekom','Bye' dan sebagainya,kita tidak tau maksud sebenarnya dan mungkin juga tiada maksud, jadi gunakanlah perkataan yg semua org faham dan ada maksudnya seperti 'Assalamualaikum',kan mudah & pahala pun dapat. Asif akan kekurangan yg ada, sekadar memberi pendapat dan pandangan, sememangnya ilmu masih kurang. Betulkan ana jika salah, sangat2 hargai. Semoga kita dapat berbagi-bagi ilmu dan saling melengkapi..insyaALLAH..moga ALLAH redha.

*Tiada yg salah atau tidak juga kata semuanya betul, cuma seeloknya jika ada keraguan, rujuklah pada yg lebih arif. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment