seandainya hatimu terluka dan tercalar keranaku…….
ampun dan maaf ku pohon……..
Sahabat……
terima kasih kuucapkan…..
kerana memilihku sebagai salah seorang sahabatmu……
kerana sudi luangkan masamu bersamaku……
kerana sudi menjadi pendengar setiaku…..
kerana sudi berkongsi suka dan duka denganku…..
kerana sudi melayan setiap kerenahku….
yang entah apa-apa…..
sahabat…..
ketahuilah olehmu…..
kau adalah di antara insan…..
yang paling ku sayangi dan ku rindui…..
hilangmu tak mungkin ada penggantinya…..
Sahabat…..
sepimu tanpa sebarang berita…..
membuatku tertanya-tanya…..
apakah salahku kepadamu…..
ku sedar siapa diri ini…..
insan yang tak punya apa-apa….
insan yang serba kekurangan…..
Sahabat…..
seandainya takdir memisahkan kita…..
ku pasrah segalanya…..
andai itu telah tersurat…..
maafkan aku wahai sahabat…..
sesungguhnya aku amat menyayangi dan merinduimu…..
kini dan selamanya…..
sahabat…..
doa dariku sentiasa mengiringi setiap langkahmu…..
dalam mengharungi liku-liku perjalanan hidup…..
moga kau beroleh kebahagiaan
Copyright from Ain Athirah
No comments:
Post a Comment