Pages

Wednesday, September 15, 2010

Perlu dier...

Pagi tadi dalam pukul 2 lebih aku diserang sakit biasa ku itu, aku tetiba teringatkan dier, seseorang yang selalu ada bila aku perlukannya... Aku mencapai hanphone ku dengan niat untuk menghubunginya untuk memberitahu tentang kesakitan yang aku alami, tapi entah kenapa aku rasa begitu berat sekali untuk mendail numbernya, untuk menaip sms kepadanya pun aku tidak begitu berani, apatah lagi bila teringat apa yang dah berlaku antara kami. Aku menahan sakitku sendirian, sehingga beberapa jam aku terus terlena dalam kesakitan. Aku ada ubat tapi tanganku begitu malas untuk mencari dan memakannya. "Ya ALLAH, andai sakitku ini adalah ujian @ balasan atas kehilafan hambamu ini, aku redha & terima segalanya." Aku sangat merinduinya, berada disisi ku...menemani ku...andai aku ditakdirkan mati, ingin sekali aku mati disisinya...diribanya.. Adakah keinginanku ini akan terlaksana??? "Ya ALLAH, tunaikan lah permintaan hambamu ini."

Apa khabar dier? Dah lama aku tak mendengar khabarnya. Hampir 2 minggu...tak pernah begitu lama aku tidak menghubunginya. Seksanya bila teringatkan dier. Andai ini yang ditakdirkan untuk kami berdua, aku terpaksa redha akan kehilangannya... "Ya ALLAH, andai kau takdirkan kami akan sentiasa bersama hingga akhir hayat ini, kau satukan lah kami, kau rapatkan hubungan kami semula, kau tunjukkan lah jalan penyelesaiannya...Tapi andai hanya sampai disini sahaja jodoh kami, kau jauhkan bayangannya dari ku, kau kuatkan lah hati ku agar tabah menerima perpisahan ini.. Ya ALLAH, bantulah hambamu ini..."

Buat dier, ku doakan agar kau bahagia bersama orang2 yang dikau cintai & sayangi... Maaf andai diri ini selalu melukai hatimu...

Tuesday, September 7, 2010

Teristimewa buatmu yg dirindui...

Buat dier yang amat ku rindui selalu, moga dikau mendengarkan lagu ini..


D’Masiv – Merindukanmu

saat aku tertawa di atas semua
saat aku menangisi kesedihanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

reff:
selama aku masih bisa bernafas
masih sanggup berjalan
ku kan slalu memujamu

meski ku tak tahu lagi
engkau ada di mana
dengarkanlah aku ku merindukanmu

saat aku mencoba merubah segalanya
saat aku meratapi kekalahanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

repeat reff

~ku kan slalu merinduimu walau dimana kau berada... ~

Sunday, September 5, 2010

Perginya die...

Assalamualaikum...

Ramadhan akan pergi meninggalkan kita dan syawal akan menggantikan nye tapi cukup ke amalan kite semasa bersama ramadhan?? Banyak ke pahala yang kite kutip?? Tinggal beberapa hari je lagi, selagi sempat rebutlah ia kerana belum tentu ada ramadhan yang kedua buat kite.

Dan itu juga berlaku pada hubunganku dengan seseorang. Aku juga terpaksa melepaskan dier pergi seperti juga ramadhan. Demi utk menjaga hubungan dier dgn org yang dier sayang, aku kene redha dan lepaskannye... Aku sayang menyayanginye seperti keluargaku sendiri tapi harus aku akui bahawa, hubungan sesame manusia tidak akan kekal... Cepat atau lambat kite pasti akan terpisah samade oleh mase atau berlainan alam (2 alam yang berbeza). Aku doekan dikau akan berbahagia disamping orang tercinta dan semoga raya aidilfitri tahun ini akan dikau sambut dengan meriah sekali. Maafkan ku kerana terpakse pergi meninggalkan dikau bersama ramadhan tahun ini. Kasih sayangku bersamamu akan tetap tersemai dihati ini buat selamanye, pengorbananmu tetap akan kukenang hingga akhir hayatku...

Saturday, September 4, 2010

Kereta kene tarik!!!

Assalamualaikum...

Tension giler la mlm tadi, kereta member aku kene tarik. Tak pasal2 aku n member2 aku yang lain kene tunggu kat depan maju junction sampai member aku sorang lagi datang tuk antar kitorg balik asrama. Nasib baik pakguard tak tanye banyak kenapa balik lambat kan, lau tak tak tau la nak tidur mane malam tadi.

Yang lagi tension mase g report kat balai mlm tadi, kitorg kene sediakan duit RM205 ngan geran tanah + ic tuan kereta, aduh...mane nak cari geran malam2 ni, semua kat jb sebab member aku tu orang jb. Benda2 tu semua pada mak die, dah la patutnya malam ni dah kene bertolak balik jb..aduh..tangguh la nak balik kg nampaknye, kene settlekan kereta tu sampai dapat la jawabnye...huu... Ya ALLAH, moga kau permudahkan urusan kami semua pada hari ini..amin.

Thursday, September 2, 2010

Tawareh + Moreh & Tazkirah Ramadhan

Assalamualaikum...

Aku baru balik dari moreh. Tetamu jemputan ustaz azran (x sure betul ke tak aku eja name uztas tu), yang merupakan imam muda dalam rancangan astro oasis. Tazkirah diadakan lobi asrama aku, banyak input + ilmu yang aku dapat dalam tazkirah yang disampaikan ustaz azran tu. Beliau bercerita tentang malam lailatul qadar, peristiwa2 yang berlaku dibulan ramadhan di zaman rasulullah di mana, baginda menang dalam peperangan walaupun jumlah tentara islam lebih sikit dari tentera yahudi.. ALLAHU Akbar, itulah kuasa ALLAH kan yang sentiasa membantu umat islam yang cuba berjuang menyebarkan agamaNYA...

Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tapi juga menjaga anggota badan kite dari melakukan perkara yang mungkar..mata, telinga, mulut....

Pas ceramah, dapatlah bubur lambuk..boleh tahan la rasenye..hehehe.. =)

Wednesday, September 1, 2010

Drama Syugamu Ramadhan TV3

Assalamualaikum..

Aku suke tengok drama di tv3 tajuk Syurgamu Ramadhan, memang sedih sangat bile tengok cite tu. Berapa kali aku asyik dok nangis je tengok cite tu. Rugi sape yang tak layan, banyak input yang kite boleh dapat. Drama tu memang bukan drama yang berunsur islamic macam Epilog Syurga Cinta , tapi banyak mesej yang kite dapat kalau kite hanyati betul2 cite tu. Cite pasal epilog Syurga Cinta pun tak kurang hebatnye, best juga. Aku memang dah lame layan cume yang Syurgamu Ramadhan aku baru je layan, pun best juga. Apepun tahniah buat tv3 kerana menceriakan ramadhanku dengan drama2 yang menarik.

Link Epilog Syurga Cinta
http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=815 &ShowID=869&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=35987&VideoID=54777#ancPlayer

Link Syurgamu Ramadan
http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=818 &ShowID=872&&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=35898&VideoID=54761 &ShowID=872&&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=35898&VideoID=54761


Selamat menonton...