Pages

Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

BILA AKU JATUH HATI...

☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆(¯`*•.¸,¤°´`°¤,¸.•*´¯)☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆
✿.a.:* *.:a.✿˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙✿.a.:* *.:a.✿
•*¨*•.¸¸❤❤❤❤❤❤❤❤»-(¯'v'¯)-»❤❤❤❤❤❤❤❤¸¸.•*¨*•
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU...

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari hatiMU...

Ya Rabbul izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalanMU

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai
aku merindukan syurgaMU...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMU,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMU...

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMU,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMU...

Ya Allah , jika kau halalkan aku merindui kekasihMU,
jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU...

Ya Allah , Engkau mengetahui
bahawa hati ini telah terhimpun dalam cinta padaMU,
telah berjumpa dalam taat padaMU,
telah bersatu dalam dakwah padaMU,
dan telah terpadu dalam membela syariatMU,
penuhilah hati hati ini dengan Nur'MU yang tiada pudar...

lapangkanlah dada dada kami
dengan limpahan keimanan
Amiinnn.... Amiinnn....
Ya Robbal Alaminnn....
Ya Allah, Engkaulah yang menjadi asbab akan 4 perkara dalam hidupku, yakni, hidup mati,jodoh rezeki..hindarkan aku daripada mengeluh dengan pemberianMu..dan kerana hakikatnya Engkau telah mengatur segalanya, maka..pasakkan sabar,ikhlas dalam hatiku agar aku sentiasa redha dengan pemberianMu..Ya Allah..Jika jodoh pemberianMu itu telah sah di ijabkabul denganku..didiklah hatiku agar sentiasa tenang dan sabar dan pasakkan fikiranku agar aku sentiasa mengingatiMu dalam apa jua keadaan..Jadikan aku isteri yang IKHLAS menurut perintahMu dan Jodohku walau siapa pun dia. Ya Allah, teruskanlah memayungiku dan memelukku dalam kasih dan rinduMu..kerana yang pasti..aku sentiasa merindui tahajud denganMu kerana ketika bersujud, aku merasai nikmat CINTA bersamaMu bersama puisi cinta kita Ya Allah...

✿(❤◕‿◕❤)✿ •*¨*•.¸¸❤❤❤»-(¯'v'¯)-»❤❤❤¸¸.•*¨*• ✿(❤◠‿◠❤)✿

Sunday, December 12, 2010

BINGKISAN DOA (Buat Yang Tersayang...)

Ya ALLAH...Seandainya telah engkau catatkan..dia milikku tercipta buatku...Satukanlah hatinya dengan hatiku..titipkanlah kebahagiaan antara kami..agar kemesraan itu abadi...Dan Ya ALLAH...Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi...seiringkanlah kami melayari hidup ini...ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi Ya ALLAH...seandainya telah Engkau takdirkan...dia bukan milikku...bawalah ia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta Ya ALLAH Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti...berikanlah aku kekuatan..melontar bayangannya jauh ke dada langit...Hilang bersama senja nan merah...agar aku bahagia...walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan Ya ALLAH yang tercinta...gantilah yang telah hilang...tumbuhkanlah kembali yang telah patah..walaupun tidak sama dengan dirinya....

Ya ALLAH Ya Tuhanku...pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan...adalah yang terbaik buat ku...kerana Engkau Maha Mengetahui...segala yang terbaik buat hamba-Mu ini....

Ya ALLAH...cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...Di dunia dan di akhirat..dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini...Jangan Engkau biarkan aku sendirian...Di dunia ini mahupun di akhirat..menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...Maka...kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman....Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...ke jalan yang Engkau redhai....dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.....

Amin..Amin..Amin...Ya Rabbal 'Alamiin....

Ehsan dan perkongsian dari Kakakku Nur Jahadah