Pagi tadi dalam pukul 2 lebih aku diserang sakit biasa ku itu, aku tetiba teringatkan dier, seseorang yang selalu ada bila aku perlukannya... Aku mencapai hanphone ku dengan niat untuk menghubunginya untuk memberitahu tentang kesakitan yang aku alami, tapi entah kenapa aku rasa begitu berat sekali untuk mendail numbernya, untuk menaip sms kepadanya pun aku tidak begitu berani, apatah lagi bila teringat apa yang dah berlaku antara kami. Aku menahan sakitku sendirian, sehingga beberapa jam aku terus terlena dalam kesakitan. Aku ada ubat tapi tanganku begitu malas untuk mencari dan memakannya. "Ya ALLAH, andai sakitku ini adalah ujian @ balasan atas kehilafan hambamu ini, aku redha & terima segalanya." Aku sangat merinduinya, berada disisi ku...menemani ku...andai aku ditakdirkan mati, ingin sekali aku mati disisinya...diribanya.. Adakah keinginanku ini akan terlaksana??? "Ya ALLAH, tunaikan lah permintaan hambamu ini."
Apa khabar dier? Dah lama aku tak mendengar khabarnya. Hampir 2 minggu...tak pernah begitu lama aku tidak menghubunginya. Seksanya bila teringatkan dier. Andai ini yang ditakdirkan untuk kami berdua, aku terpaksa redha akan kehilangannya... "Ya ALLAH, andai kau takdirkan kami akan sentiasa bersama hingga akhir hayat ini, kau satukan lah kami, kau rapatkan hubungan kami semula, kau tunjukkan lah jalan penyelesaiannya...Tapi andai hanya sampai disini sahaja jodoh kami, kau jauhkan bayangannya dari ku, kau kuatkan lah hati ku agar tabah menerima perpisahan ini.. Ya ALLAH, bantulah hambamu ini..."
Buat dier, ku doakan agar kau bahagia bersama orang2 yang dikau cintai & sayangi... Maaf andai diri ini selalu melukai hatimu...
(Imam Nawawi)
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Wednesday, September 15, 2010
Monday, August 30, 2010
Tangisan dalam hujan
Hari ini aku rasa sedih sangat2, aku dikatakan "tak faham bahasa" oleh orang yang aku sangat sayang...
Kelas hari ni batal, tapi ada exercise yang perlu disiapkan dan dihantar pada hari ini juga. Aku menyiapkan exercise tu dengan secepat mungkin agar aku dapat pulang lebih awal ke asrama. Hampir 2 jam, akhirnya siap juga exercise aku tu, aku terus hantar ke link yang diberi. Selesai je aku terus turun bawah untuk menaiki bas ke asrama. Sayangnya bas belum sampai, hari plak aku rasa gelap je macam nak hujan. Aku tengok ramai pelajar2 yang menunggu di luar lobi, mungkin ada diantara mereka yang berniat sama dengan aku, menunggu bas untuk pulang ke asrama, dan mungkin ada yang saje lepak2 kat lobi tu. Aku terasa macam nak keluarkan duit je kat atm, duit tunai pun dah tinggal sikit. Tanpa membuang masa, aku masuk ke dalam lobi untuk beratur di barisan menunggu di depan atm untuk keluarkan duit. Lama juga lah aku menunggu giliran ku, lebih kurang 10minit. Sambil2 menunggu tu aku memantau-mantau la juga kat luar lobi takut2 bas yang ku tunggu dah sampai kan. Selepas je giliran aku keluarkan duit, aku terus bergegas keluar lobi. Tengok2 orang dah berkurangan, bas tak kelihatan, sah aku kene tinggal bas, hari plak hujan. Aduh, letih dan sedih giler kene tunggu lagi sejam lamanya next bas. Aku belari ke bustop tempat as selalu berhenti, duduk situ dan tunggu je kat situ dalam keadaan hujan yang semakin lebat.
Aku rasa bosan, tak tau nak buat ape. Call adik jab la.
" Bila nak turun sini?" Tanye aku pada adik.
"malam la kak erk?" Jawab adik. Dari suara dia aku dah dapat agak yang dia masih mamai2 baru bangun tidur. " Lar, lambatnye. Akak kan tak suka adik gerak malam2, bahaya kan." Adik mendiamkan diri je di hujung talian. "Adik..." Aku menunggu jawapannye dengan sabar. "Ye akak" Sepatah je dia jawab. "Gerak awal ye??, sekarang ke tak pun pukul 4 or 5 nanti ke, jangan lah gerak malam erk??" Aku cuba memujuk. Tiba2 dia meninggikan suaranye, "akak ni tak faham bahasa ke, kan orang cakap malam, malam la!" Aku terkelu,aku ke yang salah cakap. Panggilan terputus, kredit aku habis kot. Aku terdiam sebentar memikirkan kata2 adik sebentar tadi. Setelah aku rasa agak tenang sedikit, aku menghantar pesanan ringkas (sms) pada adik, "Kalau nak gerak malam x payah datang. Dok je kat sane. Program esok pun cancel. Kite tak payahlah jumpe untuk seketika ni, akak nak menyendiri. Sory kalau akak ni TAK FAHAM BAHASA dan terkasar bahasa. Salam." Selari dengan ter'send nye sms itu, hati aku cukup kecewa, maybe aku seorang yang cepat terasa,tapi perlukah sampai menyatakan yang aku ni tak faham bahasa. Aku cakap lembut je dengan dia tapi perlukah dibalas dengan kasar??!!
Hujan semakin lebat dan hujan dihati aku pun melebat juga tapi ku tahan agar tiada yang perasan akan tangisan dihati ini. Aku membiarkan tempias2 hujan membasahi baju ku, aku tak hirau kan kesejukan yang melanda ku, yang aku tahu aku sangat2 terasa hati dan kecewa. Aku terus berdiri di bustop sehingga bas yang ku tunggu sampai.
~Hanya coretan / nukilan saje-saje~

Labels:
Coretan
Wednesday, June 30, 2010
Perlukah???
Assalamualaikum...
Sekarang dah pukul 3.55 am, mataku belum mengantuk... Teringat satu nukilan yang diilhamkan oleh seseorg yang sangat aku sayangi...Katenye ini untuk ku..hehehe, thanks coz sudi benarkan aku untuk mengisi nukilannya ini di blog ku...
Perlukah??
Perlukah aku dilayan begini,
kerana masalah sekecil di sisi,
walaupun berkelahi,
perlukah disampahi.
Walau hati semakin galau,
mencari sabar memulau,
mencari kesempurnaan iman,
di celah kekusutan.
Dirinya semakin hilang di hati,
mengharap redha ilahi,
walau datangnya sedikit nanti,
akan ku tempuh dengan berani.
Walau janji yang diteraburi,
tapi hati disakiti,
seperti isi tertusuk duri,
akan ku cuba jauhi.
Langkah semakin panjang,
suara semakin lantang,
mencari sesuatu yang hilang,
mengharap jalan nan pulang.
Hasil Nukilan asal
Ara Alia
21:42pm, 29 Jun 2010
Adakah nukilan ini untuk ku, atau sebenarnya untuk mu... Fikir-fikirkan lah...

Subscribe to:
Posts (Atom)