Pages

Wednesday, June 30, 2010

Berjayakah aku menawan mu???

Assalamualaikum..

Tetiba aku terase cemas, takut, resah n macam2 lagi perasaan yang bercampur baur dek bahang kinabalu semakin hampir... Bersediakah aku atau hanya rase ingin mencuba sahaja?? Aku rase kalut sangat, ade je benda tak kene..ape yang tak kene, aku sendiri yang tak kene sebenarnye...

Bila kedegilan mengatasi kesakitan!!! Itulah aku, badan yang tak berapa sihat tapi masih degil nak mendaki gunung yang tersangatla tinggi berbanding record2 aku yg sebelum2 ni...ledang, berincang, stong...ape la sgt berbanding kinabalu tu, dahla tinggi...sejuk plak tu (kate org yg dah g la) kerisauan plak aku jadinya....

Aku harap penyakitku tidak mengganggu perjuangan ku ini. Aku yakin, ajal maut semua ditangan tuhan, andai aku ditakdirkan rebah di kinabalu, aku redha dan berharap moga dosaku diampunkan ALLAH dan teman2 serta sanak saudara sekalian... Moga aku ditempatkan dikalangan mereka yg beriman. Doa kalian amat aku perlukan!!

Ya ALLAH, permudahkanlah perjuangan hambamu ini dalam mencari keajaiban cintaanmu ya RABBIL...

Berjayakah aku menawan mu wahai kinabalu?? Hanya ALLAH yg maha mengetahui segalanya..

Siapa Yang Mampu??

Buat tatapan dia yang amat aku sayangi, fahami dan hayati...

Siapa Yang Mampu??

Kala hati menangis,
Siapakah yang mampu mendengarnya,
Memujuknya...
Juga mengubatnya.

Ibu??
Rasa terlalu membebankan ibu,
Sudah sering aku mengadu,
Aku malu terus-terusan mengadu,
Walau riaknya,
Seolah-olah mereka dihargai,
Aku tahu...
Ibu sentiasa bersedia,
Mendengar setiap yang dibicarakan,
Mengeluarkan kalimah,
Yang menyejukkan...

Tapi maaf,
Aku tak mahu ibu turut bersedih,
Melihat dan mendengar luahan hatiku,

Ayah??
Raut wajahnya memilukan hatiku,
Tak sanggup aku menambahkannya,
Tanggungjawab yang dipikulnya,
Sudah cukup menyatakan bebanannya,
Tegakah aku melihat ayah,
Terus terbeban??

Tidak!!
Walau aku tahu ayah ikhlas,
Cukuplah aku yang merasakan...

Sahabat??
Aku tahu engkau ikhlas mendengarnya,
Tapi engkau takkan faham,
Apa yang bermukim di hatiku,
Aku hargai keikhlasan mu,
Mendengar setiap yang kuluahkan,
Memberi semangat kala aku terjatuh,

Maafkan aku,
Walau engkau tak dapat mengerti sepenuhnya,
Aku tahu 1000 kali dihatimu terdetik,
"Andai aku dapat merasainya",
Aku sungguh bertuah,
Didampingi sahabat sepertimu,

Tapi aku akui,
Walau sederas mana air mataku jatuh,
Di hadapan mu,
Hatiku tetap menangis,
Tiada siapa yang mampu memujuknya,
Mahupun mengubatnya...

Hati...
siapakah yang mampu mengubatmu??

Walau aku membuat coteran,
Di atas 1000 helaian kertas sekalipun,
Mereka tetap tak dapat mengerti,
Mengapa aku tidak mahu berkongsi,
Membebaskan semuanya yang terbuku,

YA ALLAH...
KUPOHON PETUNJUK DAN HIDAYAHMU,
TUNJUKILAH HAMBA JALAN YANG ENGKAU REDHAI,
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI,
SETIAP YANG TERDETIK DI HATI HAMBA,
KUPOHON KEAMPUNAN MU YA ALLAH,

Aku yakin hanya kepada ALLAH,
hatiku akan tenang dan bahagia...



Copyright from iluvislam.

Perlukah???

Assalamualaikum...
Sekarang dah pukul 3.55 am, mataku belum mengantuk... Teringat satu nukilan yang diilhamkan oleh seseorg yang sangat aku sayangi...Katenye ini untuk ku..hehehe, thanks coz sudi benarkan aku untuk mengisi nukilannya ini di blog ku...

Perlukah??

Perlukah aku dilayan begini,
kerana masalah sekecil di sisi,
walaupun berkelahi,
perlukah disampahi.

Walau hati semakin galau,
mencari sabar memulau,
mencari kesempurnaan iman,
di celah kekusutan.

Dirinya semakin hilang di hati,
mengharap redha ilahi,
walau datangnya sedikit nanti,
akan ku tempuh dengan berani.

Walau janji yang diteraburi,
tapi hati disakiti,
seperti isi tertusuk duri,
akan ku cuba jauhi.

Langkah semakin panjang,
suara semakin lantang,
mencari sesuatu yang hilang,
mengharap jalan nan pulang.

Hasil Nukilan asal
Ara Alia
21:42pm, 29 Jun 2010


Adakah nukilan ini untuk ku, atau sebenarnya untuk mu... Fikir-fikirkan lah...

Sunday, June 27, 2010

Bila Cinta..

Bila Cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Kusebut namamu
Di setiap doaku
Bangkitkan setia
Kenangan tentangmu
Yang ku dapat hanyalah
Bayangan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Wednesday, June 23, 2010

Pertama kali menubuhkan blog dihari lahir emak...

Assalamualaikum w.t...
Buat pertama kalinya aku menubuhkan blog buat diriku n myb kisah hidupku...lihat saje la nanti.. Hari ini 23hb jun hari lahir emakku Jamilah Ibrahim..ibu yang paling aku sayang, yang tiada ganti...yang akan sentiasa bertahta dihati..emak yang tercinta..SELAMAT HARI LAHIR EMAK!!! Saya sayang sangat2 kat mak!!! Mmmmmuuuuaaaahhh :-*


Ni gambar mak aku dengan kek yang aku n kakak aku Zanariah beli n pilih...hehehe..tapi duit kakak aku la, aku manelah ade duit, belajar lagi..